Salam buat para pengunjung sekalian..Cuti tahun ni memang cuti betul..Tulah untungnye jadi cikgu..Budak cuti cikgu pun cuti..Orang lain kerja office hour cikgu cuti 24 hour..hehehe..Ok kali ni aku nak citer pengalaman aku pekena kopi Kluang..Selama ni memang lama dah aku dengar pasal kemasyhuran kopi ni..Tapi tak pernah rasa pun..Namun akhirnye..dengan izin Allah aku dapat jugak rasa kopi yang selalu disebut2 orang..Nak ceritanya masa aku hantar sepupu aku kahwin ( Hairi Saihun..adik Acam Saihun )..Kebetulan rumah isterinya tu kat betul2 kat bandar keluang dan dekat pulak dengan Stesen Keretapi Kluang..Tempat terletaknya warung kopi Kluang..Orang Johor dah biasa dengan kopi ni..Tapi orang luar Johor macam aku ni memang sesekali nak pekena..Memang 'kick' la rasa dia..Aku sebenarnya bukan kaki kopi..Tapi bole la nak banding rasa kopi2 dengan tempat lain..Khabarnya Sultan Johor setiap bulan tempah kopi sebab baginda pun penggemar kopi jugak..Kedainye biase je..Tapi tarikannya yang best..So kalau korang ada kelapangan..try2 la pekena kopi Kluang ni..C U..
Khamis, 23 Disember 2010
Kopi Kluang..
Selasa, 14 Disember 2010
Akhirnya..
Muka cowboy tu pecah..
Real punye depan mata..Rodeo kena lanyak lembu Brahman..Assalamualaikum WBT..Syawal..Zulkaedah..Zulhijjah..Muharam..Fuhh!!hampir 4 bulan tak menjenguk teratak ni..Tak tau la nak cakap macam mane..sejak dari lepas raye Idulfitri haritu..memang 'malas' nak edit blog ni..Yang rajin hanyalah buka blog orang..
Tapi kali ni hati rasa nak mula balik..Nasib baik la aku takda Facebook..kalau tak..Maassalamah lah blog ni..Kali ni aku nak mula dengan MAHA 2010..2 kali aku pergi.Mula2 dengan Fahmi dan Mahadhir..Kali kedua dengan us Jelani..Kesimpulannya..Menarik..Tertarik..Kau Memang The Boom!..Tapi lembu2 tahun ni kurang ummpph sikit.Tak macam tahun lepas..Apapun Insyallah panjang umur murah rezeki jumpa lagi MAHA 2012.
Selasa, 28 September 2010
AidilFitri 2010
Alhamdulillah,masih lagi diberi peluang untuk menyambut Syawal 1431 pada tahun ini.Alhamdulillah dapat juga berziarah ke rumah saudara2 terdekat walaupun tak semua.Minta maaf la pada yang tak sampai rumahnya tu ye..Insya Allah lain masa sampai la tu..Kullu Am We Entum Bi Khair
Ahad, 29 Ogos 2010
Hawwari Reunion 2010..
Semalam juga ( 28.8.2010 ) balik dari jadi hakim marhaban tu..Kami terus ke Shah Alam..Tujuannya??Untuk memenuhi undangan berbuka puasa seorang teman..Al Fahmi Bahru..Lokasinya??Restoran Cina Muslim..Satu pengalaman yang baru..Excited ni..Tapi yang lebih bermakna dalam jemputan ni,ialah perhimpunan semula budak-budak Hawwari Jenjarom.Walaupun tak semua ada..Tapi boleh katakan complete gak lah ahlinya..Kalau 15 tahun dulu 'port' buka puasa kami ialah Masjid al Falah Jenjarom..Tapi kali di lokasi yang berlainan tetapi masih dalam suasana yang sama.Bezanya..dulu masih dibangku sekolah..Sekarang dah jadi orang dan punya kerjaya masing..Alhamdulillah..Syukur pada Allah yang menjadikan kami 'orang' dan mengurniakan kami rezeki yang melimpah ruah..Agak2nya barakah Masjid al Falah tempat lepak kami dulu..Kami terkena tempias barakahnya..Tapi malam tu kalau ade Wak Haji Jais lagi best la agaknya..Apapun..Moga Allah merahmati ukhuwah ini..Fid dunya wal akhirah..Lain masa kita buat lagi.Insyaallah..
P/s : Terima kasih banyak2 Fahmi belanja kami buka pose..Tahun depan sape pulak ye nak open table??..Hehehe..
Pertandingan Marhaban Kraftangan Malaysia 2010
Salam..Semalam ( 28.8.2010 ) aku ngan Us Nahar dijemput jadi juri Pertandingan Marhaban anjuran Kraftangan Malaysia sempena promosi Aidilfiri di Kompleks Kraf,Jalan Conley Kuala Lumpur..Satu lagi pengalaman buat aku..Mengadili pertandingan yang pada aku 'grand'.Walaupun dah biasa menghakimi pelbagai pertandingan,tetapi pengalaman kali ni amat berharga kerana dapat mengadili pertandingan di tahap tinggi..Terima kasih kepada pihak Kraf Malaysia atas kepercayaan ini.Mintak2 tahun depan dapat dianjurkan lagi pertandingan ini untuk memartabatkan lagi warisan bangsa yang kian luput ditelan peredaran zaman..Semoga ada lebih banyak pihak yang mengambil inisiatif menganjurkan program seperti ini..Moga Marhaban terus bersemarak...
Langgan:
Catatan (Atom)

