Selasa, 25 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Baju baru sempena Hari Guru..Ku Lihat Hijau...

Foto kenangan 2010..



Setahun sekali diarak..Special punye..


Hadiah Hari Guru tahun ni..Terima kasih semua!

Tahun ni kali ke 5 aku menyambut hari guru sebagai seorang guru..Bangga..Kalau dulu aku jadi murid..Beri ucapan 'selamat hari guru cikgu"!..Tapi sekarang aku menerima ucapan 'Terima Kasih Cikgu'! dari anak-anak murid aku..Moga Allah memberi kekuatan kepada aku dan kawan2 yang lain untuk terus thabat dan istiqamah dalam profesion mulia ini..Guru Pembina Negara Bangsa...

Rabu, 19 Mei 2010

Tumpang Bangga..

Backdrop Majlis

Sidang media bersama RTM dan TV Selangor..Masuk TV mak aku..

Lunch bersama Dr Halimah Ali dan Pengarah JAIS


Sabtu lalu,( 15 Mei 2010 ),aku satu keluarga dijemput oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk menjadi pengiring mak ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor..Konon2nya dapat anugerah la..Kami sekeluarga tumpang gembira dengan pemilihan mak sebagai Tokoh Guru Negeri Selangor 2010..Sesungguhnya kerjaya yang mulia ini jika dihayati dan dilunasi dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang selayaknya dari Allah..

Selasa, 11 Mei 2010

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2010

Zikrayat peserta MTQ bersama bos Karangkraf,Dato' Hushamudin Yaacob dan staf2 Karangkraf.
Mesin cetak kertas..Karangkraf punya baru sampai..Macam keretapi.. Berapa harganya korang nak tau?? RM 40 juta!!!

Bersama editor Majalah i, Saudara Ahmad Yani di pejabat Karangkraf.

Jamuan dengan peserta2 MTQ..

Alhamdulillah,aku baru je selesai menyertai MTQ peringkat negeri..Tahun ni kali ke-3 jadi wakil Kuala Langat.MTQ kali ni berlangsung di Masjid al Syarif,Meru.Ada kelainan yang dibawa oleh JAKIM pada MTQ kali ni.Setiap peserta kena membaca 10 minit dengan sekurang2nya 4 tarannum dengan 2 lagu adalah wajib ( undi dan ditentukan oleh penganjur ).Dengarnya sedap,tapi dah naik atas stage tu tau2 jela.Kena pulak lagu yang jarang dibawa.Peserta yang pro takda masalah la,tapi macam aku ni...Kesimpulannya..kena belajar dan terus belajar dan talaqqi lagi dengan guru2 yang muktabar..Apapun tahniah buat Ust Hj Mustafa Sidin jadi johan berturut2 entah berapa kali dah dan juga buat Ust Zana..Qariah baru..Moga buat yang terbaik di kebangsaan.Aku saguhati jela..Yang seronoknya tahun ni JAIS bawak kami melawat syarikat Karangkraf,syarikat percetakan bumiputera terbesar di Malaysia..Memang excited laa..Yela kan,tak pernah tengok macam mane kerja2 nak buat majalah..Taunye baca..tapi kerja2 nak hasilkan majalah tu memang tak tau..Banyak maklumat aku dapat time lawatan ni.Akhiran..Jazakallah buat Paman Alim dan kawan2 yang datang beri sokongan..Moga al Quran terus bersemarak..