Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Bertugas


Hari ini bermula lah tugas aku dan rakan-rakan guru SK Batu Laut untuk tahun 2009..Pagi tadi mesyuarat dari jam 9.00 sampai 1.30 tengahari..Macam-macam hal yang dibincangkan..Banyak juga tanggungjawab yang ditaklifkan..Paling besar..Ketua guru disiplin laa...macam tahun lepas juga..Alhamdulillah..kawan-kawan lama di Batu Laut masih 'stay' untuk meneruskan perjuangan..Cikgu Rozli yang desas desusnya kena tukar pun tak jadi tukar..Cuma mantan Guru Besar je ( Cikgu Jamin ) yang ditukarkan ke PPD..Ada juga kawan-kawan yang mintak tukar tapi tak dapat..Begitulah resam kehidupan kakitangan kerajaan..Buat bekas-bekas murid tahun 6,selamat menempuh alam baru sekolah menengah..doakan kami di sini..


Lepas ni, lepas Subuh dah tak bole tido lagi..6.30 pagi dah kena 'ngobor' ke Batu Laut..Sehingga ke saat ni masih lagi pegang rekod guru yang duduk paling jauh dengan sekolah- Jenjarom- Batu Laut ...Mintak2 Allah bagi kekuatan untuk terus berulang dari rumah ke sekolah..


Oklah,selamat bertugas buat rakan-rakan guru..Pentadbiran baru,wajah baru,semangat baru..Yang pasti..sandarkan segalanya kepada Allah moga segala kerja kita mendapat bimbingan dan redhaNya..

Selasa, 15 Disember 2009

" Saya Yang Menurut Perintah..."

Masa ni kawan2 di SK Batu Laut tengah berdebar2..kena pindah ke tak kena pindah..aduuhh..sehingga catatan ini ditulis,khabar yang rasmi mengatakan Cikgu Rozli kena pindah ke SK Kanchong Darat dan Cikgu Jamin ke PPD..Tak ketinggalan juga Pn Misdah yang kena tukar ke SK Morib..Lepas ni tak tau la sape lagi yang kena..Tapi itulah hakikatnya seorang yang bergelar 'penjawat awam" atau lebih tepat lagi "pegawai dan kakitangan'' kerajaan Malaysia..Moto ' Saya Yang Menurut Perintah' telahpun disanggupi dalam akuan bersumpah semasa mula-mula memohon jawatan kerajaan ini..Sememangnya perlu kepada pengorbanan dan perlu kepada persiapan dan persediaan diri untuk diletakkan di mana-mana sahaja seperti yang diarahkan..itulah hakikatnya..
Apapun,kepada teman-teman yang ditukarkan ke tempat baru,diucapkan selamat bertugas..Semoga anda terus sukses dan dapat menyumbangkan khidmat bakti anda di tempat baru..Doakan kami di Batu Laut terus thabat dan sukses..Hidup mesti diteruskan!!

Khamis, 3 Disember 2009

Belangsungkawa..


Semalam ( 1.12.2009 ) saya dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah Tuan Hj Muzahir bin Hj Mokhtar,bekas Wak Lurah Kg Jenjarom yang juga ketua kumpulan Yasinan malam Jumaat untuk kariah Masjid..Saya lebih mesra memanggilnya 'Wak Dakir'..Beliau menunaikan haji pada tahun yang sama saya menunaikan haji ( 2003 ) cuma tak dapat jumpa semasa di Tanah Suci..Banyak memberi dorongan dan sokongan kepada kami kumpulan Marhaban al Falah semasa hayatnya menjadi ketua kampung..Bahkan kumpulan marhaban ini mencipta nama semasa era beliau menjadi ketua kampung..Walaupun agak keras dan sinis pada idea dan keputusannya,namun kami banyak terhutang budi kepada beliau atas sikap ambil beratnya kepada kumpulan kami walaupun sekadar bertanya khabar..Buat arwah Wak Dakir,kami mendoakan moga tenang wak di sana dan doa kami moga wak ditempatkan bersama-sama para solihin...al Fatihah..

Isnin, 23 November 2009

Walimah Arus Fahmi

Selamat melayari bahtera rumahtangga

"Aku terima nikah.."

Macam kat hotel daa...

Cantik gak baju hijau tu ye..

Ambik berkat pengantin...




Selamat pengantin baru buat al Fahmi Bahru dan pasangannya Zakiah Nur kerana telah selamat diijabkabulkan pada 20.11.2009 yang lalu di Masjid Negeri Shah Alam .Tahniah buat kawan kampung dari kecik ni..Selamat dah kau ye..Insyaallah..aku menyusul kemudian..Doakan ye.Barakallahu lakuma wa barakallahu alaikuma jamaa bainakuma fi khairi...

Khamis, 19 November 2009

Akhir Tahun 2009

Lama rasanya tak update blog ni..Bermacam perkara perlu diselesaikan sebelum menutup buku tahun 2009 ni.Sewaktu blog ni di update,sekolah saya baru sahaja selesai menjalankan Hari Kecemerlangan.Memang letih la.Lagi-lagi bahagian hadiah dan persiapan dewan.Tahniah buat penerima hadiah dan anugerah.Ketika ini juga,budak2 UPSR baru dapat result UPSR..4 orang dapat 5 A..Tahniah..Ustaz harap korang terus belajar sampai abis la.Jangan teror kat sekolah rendah je..Ketika ini juga baru sahaja meraikan persaraan Cik Din
( En Zainuddin Adnan ) PAR sekolah Bt Laut.40 tahun berkhidmat..Lama tu!tak pernah pindah..Buat Cik Din,selamat menempuhi alam baru..Penat dah kan..40 tahun menabur bakti buat sekolah..Esok ( 20.11.2009 )kawan kampung aku dari kecik..Fahmi nak nikah..Ngan orang Shah Alam..Kawin jugak ko ye..Selamat pengantin baru la..Insyallah..aku menyusul kemudian..Kawin2 jugak,kalau aku ajak medang jangan buat tak tau pulak la ye..Esok juga ( 20.11.2009 ),last day sekolah buat tahun 2009 ni..Diam tak diam dah 4 tahun aku kat Batu Laut ni..Kita tutup buku lama dan buka buku baru 2010 nanti Insyallah..Selamat bercuti buat anak2 murid dan kawan2 semua..Jumpa lagi..

Isnin, 26 Oktober 2009

Merehatkan Minda

Makan ais krim..Obses sikit dengsn ais krim ni..pantang jumpa

Limau Bali..Tambun mali..

Zikrayat bersama-sama murid tahun 6

Tak sempat ambik gambar masa ciblon,lepas ciblon pun ok la..


Lost world..ok la..bole laa..


Lega rasanya walaupun penat..Sekian lama bekerja dan sibuk dengan tugas-tugas rasmi mahupun peribadi,akhirnya dapat juga kesempatan nak rehatkan minda..Kesempatan mengikuti murid tahun 6 ke Lost World of Tambun pada hari Sabtu baru-baru ini dan tak dilepaskan..Sememangnya kita perlu merehatkan minda dan beriadhah..Bebanan tugas boleh menyebabkan stress kepada kita.Sebab tu,kalau pergi kita hospital,bila check darah,kalau darah kita tinggi tekanannya,maka doktor akan suruh kita ambil cuti dan berehat...Sebab itu,kata Nabi SAW ' Al a'qlus salim fi jismis salim'..Sambil2 tu dapat juga ziarah dan melihat tempat orang..

Isnin, 19 Oktober 2009

Baraan Aidilfitri 2009

Rumah Ustazah Jainab,Tg Sepat..Getok keladi

Geng2 Sabahan pun join sekali..Tahun depan join lagi ye

Rumah En Aminuddin..SU JKKK Kg Endah

'Berkelah' rumah Us Rahayu..

'Team Rider'..Diketuai Wak Gopal ( Depan 2 dari kanan )



Alhamdulillah,Syawal tahun disambut meriah.Mana tidaknya,setiap hari ade je rumah terbuka..Tahun ni saya join baraan dengan rakan2 sekerja di SK Batu Laut.Boleh dikatakan semua warga SK Batu Laut tak ketinggalan menjadi tuan rumah untuk open house..hari2 ada open house..Tapi bukan makan yang menjadi keutamaan,yang utama ialah konsep ukhuwah dan ziarah sesama rakan taulan.Secara keseluruhannya,Baraan Syawal 09 tahun ni meriah dan mencapai objektifnya.Buat kawan2 Batu Laut,kita jumpa lagi Baraan tahun depan!

Khamis, 8 Oktober 2009

Muzakarah Marhaban Kebangsaan

Para peserta Muazakarah

Jamuan besar..Ikan bakar Umbai mari!!

Syok ooo..BPI belanja..

Ahlan wa sahlan

Bersama Us Samsul Arifin ( kiri sekali ),Johan MTQ Kebangsaan yang merupakan wakil JPN Perak



Amanat daripada Tn Hj Ali Dahlan,Ketua Sektor Dakwah


Pengurus projek..Us Nurul Amali..



Pada 30/9 hungga 2/10 tempoh hari saya mendapat jemputan mewakili Jabatan Pelajaran Selangor daripada Sektor Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM ke Muzakarah Peraturan Pertandingan Marhaban dan Kompang Selawat KPM di Naza Hotel,Melaka.Banyak perkara yang dibincangkan.Rasa bertuah dan seronok dapat bertemu dengan wakil2 daripada seluruh Malaysia bagi membincangkan peraturan pertandingan Marhaban yang telah pun berjalan selama 2 tahun.Muzakarah tersebut menjurus kepada penilaian dan penelitian semula peraturan pertandingan yang telah dilaksanakan sebelum ini.Banyak juga pindaan yang dibuat,cumanya belum dapat diputuskan dan dihebahkan kerana kemungkinan ianya memerlukan muzakarah serta pemurnian semula.Semoga marhaban terus bersemarak

Isnin, 5 Oktober 2009

Gapuro oh Gapuro

Gapuro Jalan Hj Idris

Jalan Rancangan

Jalan Aman

Jalan Hj Yusop 2



Jalan Hj Mashudi..



Gapuro- Istilah bahasa Jawa yang memberi maksud pintu gerbang.Khususnya pintu gerbang untuk sambutan hari raya yang dihias dengan lampu ataupun pelita minyak tanah..Zaman saya kecik-kecik dulu,lagi hebat..Orang kampung buat gapuro melintang jalan.Tingginya..bas lalu pun boleh lepas..Tapi lama kelamaan orang dah tak berani nak buat macam tu..Risiko..Kenderaan makin hari makin banyak...Zaman sekarang orang lebih kepada membina gapuro disisi jalan..Tahun ni ada 5 gapuro yang dapat saya kenal pasti kat sekitar kampung..Memang kreatif la budak-budak ni...

Kullu Am We Entum Bikhair

Raye rumah Us Nahar..Hawwari reunion..Tapi korum tak cukup la..
Rumah Apai ( baju merun )..Rumah baru..rezeki ko lah Pai..Raya rumah baru

Baraan malam raya sambil bertakbir dengan JKK..Tunggu lemangnya Hj Mansor


Takbir rumah Kang Mat Mesari...Malam raya



Salam Syawal buat teman-teman semua..Sori sebab dah lama tak edit blog ni..Open house punya hal la..Macam-macam la..Semasa entri ni di tulis..Syawal memasuki hari ke 15..Open house masih tak putus-putus..Apapun,semoga semangat dan konsep kunjung mengunjung ini dapat diteruskan dan dijadikan amalan bukan sahaja pada bulan Syawal..Moga ukhuwah terus bersemarak..

Selasa, 8 September 2009

Ramadhan Karim..




Diam tak diam dah masuk hari ke 18 Ramadahan 1430 tahun ni..Sibuk punya hal,sampai tak sempat nak masukkan entri baru mengenai Ramadhan tahun ni..Apapun selamat berpuasa buat kawan2 semua.Tahun ni kita puasa 29 hari.Hari Sabtu tengok anak bulan,hari Ahad raya..Kelam kabut juga tahun ni sebab hari Jumaat masih lagi sekolah / kerja..Yang nak balik kampung jauh2 tu,kena lah pandai set masa untuk elakkan jem di tengah jalan..Ok..selamat berpuasa semua!

Khamis, 27 Ogos 2009

Mengenang Us Asri Ibrahim..

Bersama Us Asri dan Rabbani di Konsert Rabbani UKM 1998

Ni lah dia konsert pertama Rabbani turun Banting,Stadium Jugra 1997..Kami pi ramai2 naik van..
Minat punye pasal..hujan pun hujan laa..
Perkusi kesayangan HAWWARI yang dibeli direct daripada Us Asri..Sekarang dibawah jagaan
Us Nahar,anak-anak murid dia guna..Jaga elok2 ye Naya!

Hawwari in Memory..Barisan belakang dari kiri: Aku,Arel,Oban,Nahar,Zul
Barisan depan dari kiri : Fahmi ( Bass ),Ijam ( Led ), Asid ( Tamborin )
Tiada dalam gambar : Apai
Foto ni diambil tahun 1998 selepas show di SAMTTAR Sg Manggis

Foto pada tahun 1998.Show sempena Sambutan Hari Raya Idulfitri di Hospital Besar Kelang.
Antara show terbesar pernah disertai Hawwari..


Artikel ni agak lambat dan ketinggalan dari berita2 lain dalam mengenang pemergian 'otai' nasyid Malaysia..Arwah Ust Asri Ibrahim...Takpe la walaupun ketinggalan..Tapi ade cerite dan pengalaman yang ingin dikongsi sepanjang mengikuti perkembngan ikon nasyid ni..

Saya mengikuti perkembangan arwah us Asri dari umur 10 tahun lagi
( 1991 ) masa tu kump nasyid Nada Murni sedang di kemuncak populariti..Boleh dikatakan setiap kali ada album keluar ( masa tu diterbit dan edar oleh produksi Odio Visual al Arqam - OVA Production ) saya mesti beli..tak jumpe..saya cari..Memang minat betul dengan Nada Murni time tu...Alhamdulillh...Boleh dikatakan banyak la juga album Nada Murni dalam koleksi saya ( semua kaset sebab time tu CD belum meluas lagi )..Lagu2nye semua sedap2 belaka..( Sebab fully perkusi,bukan mcm nasyid sekarang...macam2 ada..).Sehinggala al Arqam diharamkan..maka Nada Murni pun senyap..Saya tunggu2 juga kot2 ada album2 baru..Ternyata tak ada..

Sehinggalah pada tahun 1996..Kemuncaknya Raihan muncul dengan Puji-Pujian ( Jualan album 600 ribu unit - Takde kump2 rock@penyanyi solo yang dapat pintas jumlah ni)..Baru saya dengar balik nama Us Asri..Rupe2nye dia tubuhkn Rabbani bersama geng2 Nada Murni dulu..Ni sudah bagus..Ingatkan Munif ade sekali..( Us Asri n Munif solo/duet masa Nada Murni dulu )..Rupe2nye..Munif tubuhkn Hijjaz bersama Isman Nadim..Tak kisah la..asal lagu2 Nada Murni ade pun dah ok..

Sejak tu..Kalau ade konsert2 Rabbani ngan Hijjaz,saya sebolehnya kejar..Konsert Raihan kurang sikit...Tambahan pulak,time sekolah menengah..Tengah gile2 nasyid sampai saya bersama kawan-kawan kampung ( Ijam,Naya,Arel,Fahmi,Asid,Oban,Apai,Zul ) tubuhkan kump nasyid gak..Namenye "HAWWARI"...Konon2nye nak ikut2 macam Rabbani ngan Hijjaz la..Mane ade Rabbani ngan Hijjaz..Layann...

Sehinggalah kemuncaknye kump Hawwari ni..Kami kumpul duit daripada hasil saguhati 'show' yang kami buat..akhirnya termakbul juga untuk membeli alat2 perkusi ( Yankei led ngan bass dan tamborin..)Nak beli bonggo..duit takde..Nak beli congga..jauh sekali..Jadilah..Kat sini la ceritenya saya kenal Us Asri sebabnya...Alat2 perkusi yang kami beli tu,kami beli direct dari Us Asri..Kami beli di rumah Rabbani di Taman Manjalara,Kepong pada masa tu..Tu yang kenal us Asri tu...Sejak dari tu rajin juga la berhubung dangan Us Asri tanye2 ilmu nasyid n ilmu buat persembahan live dikhalayak ramai..Rata-rata HAWWARI kalau ada show akan nanyi lagu Rabbani dan Nada Murni..( Minat punye pasal...)Lagu yang tak pernah tinggal..Bila Nur Melimpah Di Hati..Memang kat mana-mana pun lagu ni mesti ada..Seronok bile mengenang masa itu...

HAWWARI bertahan 2 tahun je ( 96-98 ) sebab masa tu ramai ahli kumpulan yang melanjutkan pelajaran ke universiti..So tak boleh nak survive..Ada pun seorang dua je..tak boleh nak idup..Sejak tu dah tak berhubung lagi dengan Us Asri tapi masih lagi mengikuti perkembangan Rabbani..Tau2 sampai sekarang dah berpuluh album yang dikeluarkan..Lagu entah berapa banyak..Tapi paling best bagi saya la..Album Nostalgia Nada Murni la..Lagu2 lama nada murni diberi nafas baru tapi masih kekalkan keaslian melodi dan iramanya..

Sehinggalah berita mengejutkan..kembalinya Us Asri Ibrahim ke rahmatullah..terkedu saya mendengar berita tu..Terfikir,sape nak ganti arwah nasyid untuk Rabbani(dikala orang prkatakan kemerduan suara us Asri membaca al Quran,saya secara peribadi kurang meminati album2 zikir dan bacaan al Qurannya,tapi nasyidnya..memang layan )

Apapun,yang pergi tetap pergi..Yang hidup terus berbakti..Moga Allah merahmati ruhnya..Saya pun dah tak ambik tau sangat nasyid2 zaman sekarang..nak naik pentas pun dah segan..dulu masa muda-muda ok la..layan..sekarang tidak lagi..

Buat teman 'HAWWARI',kenangan dulu terlalu indah untuk dikenang..Seronok layan masa sekolah dulu..Sekarang masing2 dah jadi orang,dah bapak orang..Segan lah ye..Untuk buat comeback...Nantilah difikrkan..Kita semarakkan Marhaban Berzanji pulak..Nilah bidang yang sesuai buat kita..Ok..Jumpa lagi...

Bertuahnya...

Bersama para juri pringkat akhir..
Banner Pertandingan Akhir

Para peserta akhir..Bertuah nye korang ye...Juri pun tak 'sekayo' korang


Salam buat teman2 pengunjung blog ini..Maaf kerana tak berkesempatn untuk update kerana macam-macam hal nak diselesaikan..Baru-baru ni pada 12 Ogos 2009 sembilan saya sekali lagi mendapat jemputan daripada pihak Selangor FM untuk menjadi juri Pertandingan Azan Selangor FM peringkat akhir bertempat di Yayasan Restu ( Depan Masjid Negeri Shah Alam )..Nak ceritenye..Betapa bertuahnya peserta akhir ni..Azan cume 5 minit..Dah tu jawab 3 soalan mudah berkisar hal ehwal Islam..Hadiah Johan..Nak tau berapa??...RM 2000 CASH!No 2?RM 1500..No3 ?RM 1000..Saguhati?..RM 200..Rezeki korang lah..Tapi bagus macam tu..Satu galakan buat orang ramai untuk masuk acara2 macam ni..
Nak banding hadiah AF ngan Idol...Jauh sangat!..Apapun,tahniah buat para peserta..Kepada Selangor FM,tahun depan buat lagi ye macam ni...

Selasa, 11 Ogos 2009

Majlis Tilawah al Quran Peringkat Antarabangsa ke- 51

Eksyen je ni...
Penat..Lepak kat lobi sambil-sambil tengok orang berjalan
Buku Cenderamata MTQ

Astaka..
Bersama Guru kami Hj Nik Jaafar..Hakim Tarannum Kebangsaan dan Antarabangsa..
Kebetulan jumpa semasa nak ke bilik hakim


Alhamdulillah,akhirnya dengan izin Nya dapat jugak aku ke PWTC..Tujuannye...Nak tengok MTQ Antarabangsa secara LIVE..Ni la seumur hidup baru dapat tengok live..Hajat dari dulu memang dah ade,tapi takde member nak pergi..Memang berst..Terasa ketenangan dan kerahmatannya majlis zikir ni..lagi-lagi bacaan al-Quran..Satu dewan sentap,tenang dan menghayati al Quran..Tapi yang bestnye..HUHU..masuk TV la... Semasa artikel ini ditulis,MTQ masuk hari ke 6 ia dijalankan..Terima kasih buat kawan-kawan Qurra sudi ajak jalan PWTC..Insyallah tahun depan ade rezeki pergi lagi..Maasalamah.

Selasa, 4 Ogos 2009

Live Qatrunnada..Sedap Nasyid ni..

Konsert Antara Dunia...4 Gergasi Nasyid

YAB TG Nik Aziz pun layan nasyid
Audien yang hadir...memang grand

Stage persembahan


Kat seat VIP...TQ Fahmi belanja tiket...

1Ogos lalu..Penantian dan 'gian' aku nak tengok konsert live nasyid terbayar juga akhirnya...Kawan belanja tiket VIP RM50.00..Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam,3 gergasi nasyid Malaya ( Rabbani,Raihan dan Hijjaz + Soutul Harokah dari Indonesia ) berkongsi 1 stage untuk menjayakan Konsert Antara Dunia anjuran GAMIS ngan Rabbani Pro dengan tajaan sepenuhnya Permata Hijrah...

Yang aku paling terkejut + teruja,nasyid yang begitu grand dengan kehadiran lebih kurang 5 ribu orang tu,apabila MC program tu mengumumkan "Ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan..."Memang secara tak semena-mena aku pun TAKBIR!!!...Lama beno rasanya tak jumpa Tok Guru secara live...Tak sangka beliau sudi datang untu tgok konsert..Itu lah tok guru contoh buat semua...Konsert pn dia layan...

Malam tu memang 'power' persembahan otai2 nasyid ni..Paling banyak persembhn Rabbani lah..Tapi yang paling syok sekali Raihan...Bila depa nyanyi lagu 'Thank You Allah' secara live n di modifight tempo dan melodinya...audien masing2 menyalakan handset dalam suasana kegelapan stadium yang dingin menjadikan persembahan Raihan tu sangat universal...Memang best!

Konsert tu juga diselangi dengan laungan takbir daripada audien yang rata-rata pendokong dan penyokong Gerakan Islam..lagi-lagi apabila Soutul Harokah nyanyi..Semua lagu depa nyanyi lagu jihad...Dahsyat!
Kesimpulannya...TQ Fahmi sudi belanja aku tiket VIP...Lain kali belanja lagi..Ok..