Salam..Semalam ( 28.8.2010 ) aku ngan Us Nahar dijemput jadi juri Pertandingan Marhaban anjuran Kraftangan Malaysia sempena promosi Aidilfiri di Kompleks Kraf,Jalan Conley Kuala Lumpur..Satu lagi pengalaman buat aku..Mengadili pertandingan yang pada aku 'grand'.Walaupun dah biasa menghakimi pelbagai pertandingan,tetapi pengalaman kali ni amat berharga kerana dapat mengadili pertandingan di tahap tinggi..Terima kasih kepada pihak Kraf Malaysia atas kepercayaan ini.Mintak2 tahun depan dapat dianjurkan lagi pertandingan ini untuk memartabatkan lagi warisan bangsa yang kian luput ditelan peredaran zaman..Semoga ada lebih banyak pihak yang mengambil inisiatif menganjurkan program seperti ini..Moga Marhaban terus bersemarak...
Ahad, 29 Ogos 2010
Pertandingan Marhaban Kraftangan Malaysia 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan