Sabtu, 27 Februari 2010

'Aku Adalah HambaNya dan PesuruhNya..'


Keperibadian manusia yang seorang ini memang diakui sahabat mahupun lawan..Sememangnya dia diciptakan Allah untuk rahmat seluruh alam..Beribu bait sajak,puisi dan syair yang dinukil untuk menggambarkan kepribadiannya,sejarah hidupnya dan kisah hidupnya yang seperti manusia biasa.Sebuah cerita yang ma'thur lagi dikenali dan terpahat dalam tinta sejarah keagungan Islam bagaimana pada suatu ketika dia keluar menyampaikan dakwah di bumi Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah.

Sesampainya di bumi Taif, sangkanya ialah sambutan dan layanan..Tapi ternyata meleset.Yang diterimanya ialah batu,kayu,kutukan dan cacian daripada penduduk Taif.Bukan itu sahaja,bahkan dirinya juga cedera dek kerana 'layanan' tersebut.Maka dia dan Zaid berehatlah di sebatang pohon,menghilangkan rasa sakit dan penat kesan serangan itu.Sedang hamba Allah ini dan sahabatnya bersandar,datang Jibril menghulurkan bantuan seraya menawarkan satu tawaran yang pasti tidak akan ditolak oleh orang lain bukan sepertinya..."Jika kau mahu,akan aku terbalikkan bumi Taif ini sepertimana aku terbalikkan bumi Sodom dulu!!.."

Tapi dia bukan seperti orang biasa..yang pastinya akan menerima tawaran itu..Dia lain daripada yang lain..bahkan dijawabnya tawaran Jibril itu..."Ya Allah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu,Kau ampunilah dan rahmatilah penduduk Taif kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui..."

Para pencinta hamba Allah ini,pasti akan menitiskan airmata jika mendengar kisah ini...Sangat jauh kita untuk dibandingkan dengannya..Itu baru satu cerita..Ada beribu lagi kisah seperti ini...Selayaknya dia digelar oleh Penciptanya...Rahmatan Lil 'Alamin..

Selawat dan salam buat mu wahai kekasih...Juga buat sahabat-sahabat dan ahli bait mu..Moga Allah memilih aku dibangkitkan bersama hamba yang kau akui sebagai umat mu..Juga ku mohon moga aku termasuk di dalam hamba yang memperoleh Syafaat mu...Allahumma Amiin..

Lama tak Menaip


Salam buat semua pengunjung blog ini.Lama sangat rasanya tak menaip.Hampir 3 minggu terpaksa berehat gara-gara kecedaraan di kepala sewaktu bermain badminton..Hui..memang siksa rasanya orang yang sakit kepala.Mujurlah selepas x-ray takda ape2 kesan yang berlaku kat kepala ni..Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang untuk aku rasa nikmat sihat..So buat kawan2,berhati-hati dalam apa jua kerja anda terutama dalam melakukan aktiviti sukan.Jaga kepala tu jangan sampai jadi macam aku..Ok,kita jumpa lagi..

Ahad, 7 Februari 2010

Bacalah..


' Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan...''Ungkapan Ilahiyah yang menggesa umat manusia menerobos rahsia Tuhan melalui kaedah yang amat mudah..'BACA'....segalanya dengan membaca..Tamadun yang hebat diasaskan dengan membaca..Ilmuan tersohor dilahirkan dengan membaca..Masyarkat terdidik juga dibentuk dengan membaca..Maha Benar Allah yang Maha Besar menurunkan wahyu pertamaNya dengan firmanNya menggunakan sighah amar ( ayat perintah ) 'Bacalah'..Ternyata di sebalik sighah tersebut mempunyai jutaan hikmah dan rahsia yang perlu diteliti dan diperhalusi oleh makhluk yang namanya MANUSIA..