Ahad, 25 April 2010

Tautan Semula..

Setelah 17 tahun..Baru dapat jumpa semula..

Orang kuat program..Akmah Mat Youb ( reporter B.Harian ) dan Zawiah Sarip .


Phd candidate..Norakmar Wahab..Memang genius budak ni sejak dari sekolah rendah lagi..Yang pakai kopiah tu Ustaz Fadhil..Pegawai Wakaf PAID Sepang.

Ni kawan kampung aku..Kamari Karim ( baju putih ) dan Izwan Mustafa.Time main bola mesti gaduh punya..Tapi dalam padang je la..

Alhamdulillah,dengan izin Allah aku dapat join majlis reunion x student SK Jenjarom 1988-1993.Nasib baik ada Fahmi nak ikut sekali,Kalau tak takdanya la aku nak pi sorang2.Seronok rasanya dapat jumpa semula member2 masa sekolah rendah dulu.Rata2nya anak kampung Jenjarom.Walaupun satu kampung,tapi masing-masing dah bawa haluan sendiri.Yang duduk kat kampung pun kekadang payah nak jumpa.Apa lagi yang dah duduk luar.Bayangkan,17 tahun tak jumpa.Bila jumpa masing2 dah ada gaya dan identiti sendiri..Beza sangat dengan masa sekolah dulu.Tapi aku bangga la,anak2 kampung aku dah berjaya dan yang lebih membanggakan ialah classmate aku sendiri yang dah berkerjaya dengan proksi masing2.Ada yang jadi reporter B.Harian,yang tengah buat Phd pun ada,yang jadi pegawai bank pun ada..Macam2 la..Aku tumpang bangga dan gembira.Walaupun tak berapa ramai,tapi kesempatan yang ada amat bermakna walaupun sekadar bertemu muka dan bertanya khabar..Tunggu-tunggu juga member2 yang yang 'famous' masa sekolah dulu macam Faizul,Fuad,Zain Maradona ( sekadar menyebut beberapa nama ).Tapi yela,masing2 punyai komitmen lain...al maklum...
Apapun, setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan buat guru-guru kami di SK Jenjarom dan SRA Jenjarom yang ikhlas mendidik dan membimbing kami sehingga kami jadi 'orang' macam sekarang ni.Moga Allah merahmati dan membalas segala jasa guru-guru kami..Kepada guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah ( antaranya Allahyarham Cikgu Aziz Rohani,Allahyarham Cikgu Junainah,Allahyarham Cikgu Zakaria,Allahyarham Cikgu Senin Zuriat..Yang dalam maklumat aku ),semoga roh mereka ditempatkan bersama para aulia dan solihin..Amin..
Terima kasih buat team penganjur majlis ( Zawiah,Akmah dan Noraina ) kerana sudi jemput dan inform.Insyaallah,next time kita buat lagi dan ajak ramai lagi member kita yang lain..Moga ukhuwah terus bersemarak!

Jumaat, 23 April 2010

Rehlah Ilmiah...

Batu Laut F1 crew...

Ekslusif..Kamera tak boleh bawak masuk dalam..Kat luar pun jadilah..

Kubah al Shahra'..ade tasik ke ke kat Baitul muqadis tu..??

Syok jugak..merentasi Sungai Terengganu naik sampan Monsun Cup..



Assalamualaikum WBT..Jumpa lagi..Curi-curi masa nak update blog ni..Baru-baru ni saya berkesempatan mengikuti satu rehlah ilmiah ke Terengganu bersama rakan-rakan Batu Laut..Syok gak rehlah ni..Mana taknya,jalan ke Terengganu cuma bayar RM 50.00..Hehehe..Orang sponsor...Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang rehlah ni..Tujuan dan hadaf utama rehlah ni adalah untuk melawat ke SK Kampung Fikri di Setiu..Keistimewaan sekolah ni??...Sekolah luar bandar ( dalam estet kelapa bali ) tapi pencapaian UPSR nya terbaik di Terengganu dan antara terbaik di Malaysia...Sambil2 ke sekolah tu,sempat gaklah mampir tempat2 yang menarik kat Terengganu tu.Terima kasih banyak2 kepada para penyumbang..Tq banyak2 buat kang Miskam Mingan..Belanja kami makan sepanjang di sana..Moga murah rezeki..Lain kali belanja lagi..Ilalliqa'...

Khamis, 8 April 2010

Profesion Keguruan..


Assalamualaiku.mSalam sejahtera buat semu pengunjung blog ini.Terlalu lama tak menaip..Sibuk dengan pelbagai hal..Ni belum lagi ada Facebook..Blog yang 1 ni pn tak sempat2 nak jenguk...Profesion perguruan masa kini memang mencabar..Realiti yang berlaku tak seperti yang disangka..Macam masa aku mula-mula nak jadi cikgu la..Ingatkan ngajar anak murid je..Tapi bila dah berkecimpung hampir 5 tahun ni,rupanya kerjaya guru ni merangkumi semua aspek .Contohnya..jadi cikgu ( belajar dan mengajar ),jadi kerani ( perfailan,data dan statistik),jadi pegawai kebajikan( urusan murid miskin,bantuan2 zakat ),jadi polis ( urusan disiplin,salah laku murid ),jadi ahli sukan ( latih murid main@bersukan ),jadi pegawai perhubungan awam ( urusan dengan pihak2 luar,ibu bapa penjaga )..Macam2 lagilah..Baru-baru ini NUTP ( Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ) mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Timb PM merangkap menteri Pelajaran untuk membincangkan 'bebanan tugas guru di sekolah'..Mcm yang aku nyatakan di atas..Hasilnya pihak kementerian bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji tugas dan bebanan guru di sekolah diketuai oleh Tan Sri KPPM..Bila isu ni timbul,teringat aku pada isu yang sama 4-5 tahun dulu.Masa tu Dato' Seri Hishamuddin Husin jadi menteri pelajaran ( sekarang menteri dalam negeri ) pun buat kenyataan yang sama mengenai isu ini..Tapi selepas isu ni,tugas guru tetap sama bahkan makin bertambah..Kita tunggulah pulak ape kesudahan isu ini dengan tertubuhnya jawatankuasa khas tersebut..

Memang realiti,mereka yang tidak berada dalam profesion ini tak tahu..Kalau baca ape yang aku tulis kat atas tadi..Itu hanya sebahagian..Banyak lagi sebenarnya tugasan yang namanye cikgu ni..Tak siap kat sekolah..confirm bawak balik rumah punya..Betul lah kata Imam as Syahid Hasan al Banna..Kewajipan ( tugas ) yang digalas melebihi masa yang kita ada..Ni belum cerita cikgu2 yang ngajar kat ceruk pedalaman Sabah Sarawak lagi..Lagi dahsyat..Inilah realiti profesion keguruan masa kini..Mungkin kalau cikgu2 dulu dapat fokus kepada P&P kerana kurangnya kerja2 perkeranian dan sampingan ni...Tapi masa dah berubah..Budak2 sekarang tak macam dulu..Mak bapak pun semakin 'mengada-ngada..manja..''sikit2 polis...sikit2 saman...sikit2 report...anaknya yang nakal dikatanya cikgu yang lempang...Kalau aku dulu,kena dengan cikgu..balik rumah kena lagi dengan bapak aku la jawabnya....

Apapun buat rakan2 guru seluruh Malaysia..Perjuangan masih belum selesai dan mesti diteruskan..Moga Allah kurniakan sifat ikhlas dan sabar dalam diri kita,yakinlah,kerjaya inilah yang paling mulia..Kita menghasilkan orang yang namanya insan..Moga berkat apa yang kita sampaikan dan berkat juga orang yang kita hasilkan..Selamat Bertugas!

Rabu, 10 Mac 2010

Sampai Juga Akhirnya..

Deligasi datang membawa misi di LCCT..

Orang kata pasar Satok,ni la dia pasar Satok.

'Orang jawa' turun kota..

Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru...Tersergam indah..

Pasar Sariken..Macam biasa..Tapi luar biasa..pelik bukan?

Pasu..salah satu identiti Bumi Kenyalang.

Miauw!!Cute tak?..Hehehe

UiTM..Korang ingat ape?Usahawan Ikan Terubuk Masin daa..

Ni diaa...Tempat lain takda..Sini je ade..Mavlous!

Water Front pada waktu malam.

Di rumah Cik Afan Sajuri ( duduk belakang 2 dari kiri).Orang kampung aku rupenye..Dah 30 tahun duduk Kuching..Kesuwon kang!
Air Asia..Tambang murah..asal sampai..Cikgu Jemi tu..cuak..mabuk kapal..Yang lain happy je..



Salam buat para pengunjung..alhamdulillah..Minggu lepas ( 5-8 .3.2010 ) dengan izin Allah jua sampai jugak aku untuk menjejak kaki di Bumi Kenyalang..Seronok jugak ikut rombongan ramai-ramai ni..Yelah,kalau nak pi sendiri jangan haraplah..Dengan kejayaan aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang ni,maka misi aku untuk 'menawan' seluruh Malaysia hampir tercapai..Tinggal Negeri Bawah Bayu je belum aku jejak..So buat kwn2 Batu Laut,projek nak tawan Puncak Kinabalu tahun depan macam yang kita bincang harap2nya jadilah ye..

Sabtu, 27 Februari 2010

'Aku Adalah HambaNya dan PesuruhNya..'


Keperibadian manusia yang seorang ini memang diakui sahabat mahupun lawan..Sememangnya dia diciptakan Allah untuk rahmat seluruh alam..Beribu bait sajak,puisi dan syair yang dinukil untuk menggambarkan kepribadiannya,sejarah hidupnya dan kisah hidupnya yang seperti manusia biasa.Sebuah cerita yang ma'thur lagi dikenali dan terpahat dalam tinta sejarah keagungan Islam bagaimana pada suatu ketika dia keluar menyampaikan dakwah di bumi Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah.

Sesampainya di bumi Taif, sangkanya ialah sambutan dan layanan..Tapi ternyata meleset.Yang diterimanya ialah batu,kayu,kutukan dan cacian daripada penduduk Taif.Bukan itu sahaja,bahkan dirinya juga cedera dek kerana 'layanan' tersebut.Maka dia dan Zaid berehatlah di sebatang pohon,menghilangkan rasa sakit dan penat kesan serangan itu.Sedang hamba Allah ini dan sahabatnya bersandar,datang Jibril menghulurkan bantuan seraya menawarkan satu tawaran yang pasti tidak akan ditolak oleh orang lain bukan sepertinya..."Jika kau mahu,akan aku terbalikkan bumi Taif ini sepertimana aku terbalikkan bumi Sodom dulu!!.."

Tapi dia bukan seperti orang biasa..yang pastinya akan menerima tawaran itu..Dia lain daripada yang lain..bahkan dijawabnya tawaran Jibril itu..."Ya Allah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu,Kau ampunilah dan rahmatilah penduduk Taif kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui..."

Para pencinta hamba Allah ini,pasti akan menitiskan airmata jika mendengar kisah ini...Sangat jauh kita untuk dibandingkan dengannya..Itu baru satu cerita..Ada beribu lagi kisah seperti ini...Selayaknya dia digelar oleh Penciptanya...Rahmatan Lil 'Alamin..

Selawat dan salam buat mu wahai kekasih...Juga buat sahabat-sahabat dan ahli bait mu..Moga Allah memilih aku dibangkitkan bersama hamba yang kau akui sebagai umat mu..Juga ku mohon moga aku termasuk di dalam hamba yang memperoleh Syafaat mu...Allahumma Amiin..