Ahad, 25 April 2010

Tautan Semula..

Setelah 17 tahun..Baru dapat jumpa semula..

Orang kuat program..Akmah Mat Youb ( reporter B.Harian ) dan Zawiah Sarip .


Phd candidate..Norakmar Wahab..Memang genius budak ni sejak dari sekolah rendah lagi..Yang pakai kopiah tu Ustaz Fadhil..Pegawai Wakaf PAID Sepang.

Ni kawan kampung aku..Kamari Karim ( baju putih ) dan Izwan Mustafa.Time main bola mesti gaduh punya..Tapi dalam padang je la..

Alhamdulillah,dengan izin Allah aku dapat join majlis reunion x student SK Jenjarom 1988-1993.Nasib baik ada Fahmi nak ikut sekali,Kalau tak takdanya la aku nak pi sorang2.Seronok rasanya dapat jumpa semula member2 masa sekolah rendah dulu.Rata2nya anak kampung Jenjarom.Walaupun satu kampung,tapi masing-masing dah bawa haluan sendiri.Yang duduk kat kampung pun kekadang payah nak jumpa.Apa lagi yang dah duduk luar.Bayangkan,17 tahun tak jumpa.Bila jumpa masing2 dah ada gaya dan identiti sendiri..Beza sangat dengan masa sekolah dulu.Tapi aku bangga la,anak2 kampung aku dah berjaya dan yang lebih membanggakan ialah classmate aku sendiri yang dah berkerjaya dengan proksi masing2.Ada yang jadi reporter B.Harian,yang tengah buat Phd pun ada,yang jadi pegawai bank pun ada..Macam2 la..Aku tumpang bangga dan gembira.Walaupun tak berapa ramai,tapi kesempatan yang ada amat bermakna walaupun sekadar bertemu muka dan bertanya khabar..Tunggu-tunggu juga member2 yang yang 'famous' masa sekolah dulu macam Faizul,Fuad,Zain Maradona ( sekadar menyebut beberapa nama ).Tapi yela,masing2 punyai komitmen lain...al maklum...
Apapun, setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan buat guru-guru kami di SK Jenjarom dan SRA Jenjarom yang ikhlas mendidik dan membimbing kami sehingga kami jadi 'orang' macam sekarang ni.Moga Allah merahmati dan membalas segala jasa guru-guru kami..Kepada guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah ( antaranya Allahyarham Cikgu Aziz Rohani,Allahyarham Cikgu Junainah,Allahyarham Cikgu Zakaria,Allahyarham Cikgu Senin Zuriat..Yang dalam maklumat aku ),semoga roh mereka ditempatkan bersama para aulia dan solihin..Amin..
Terima kasih buat team penganjur majlis ( Zawiah,Akmah dan Noraina ) kerana sudi jemput dan inform.Insyaallah,next time kita buat lagi dan ajak ramai lagi member kita yang lain..Moga ukhuwah terus bersemarak!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ermp... mana muka aina@nona nie....