Khamis, 8 April 2010

Profesion Keguruan..


Assalamualaiku.mSalam sejahtera buat semu pengunjung blog ini.Terlalu lama tak menaip..Sibuk dengan pelbagai hal..Ni belum lagi ada Facebook..Blog yang 1 ni pn tak sempat2 nak jenguk...Profesion perguruan masa kini memang mencabar..Realiti yang berlaku tak seperti yang disangka..Macam masa aku mula-mula nak jadi cikgu la..Ingatkan ngajar anak murid je..Tapi bila dah berkecimpung hampir 5 tahun ni,rupanya kerjaya guru ni merangkumi semua aspek .Contohnya..jadi cikgu ( belajar dan mengajar ),jadi kerani ( perfailan,data dan statistik),jadi pegawai kebajikan( urusan murid miskin,bantuan2 zakat ),jadi polis ( urusan disiplin,salah laku murid ),jadi ahli sukan ( latih murid main@bersukan ),jadi pegawai perhubungan awam ( urusan dengan pihak2 luar,ibu bapa penjaga )..Macam2 lagilah..Baru-baru ini NUTP ( Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ) mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Timb PM merangkap menteri Pelajaran untuk membincangkan 'bebanan tugas guru di sekolah'..Mcm yang aku nyatakan di atas..Hasilnya pihak kementerian bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji tugas dan bebanan guru di sekolah diketuai oleh Tan Sri KPPM..Bila isu ni timbul,teringat aku pada isu yang sama 4-5 tahun dulu.Masa tu Dato' Seri Hishamuddin Husin jadi menteri pelajaran ( sekarang menteri dalam negeri ) pun buat kenyataan yang sama mengenai isu ini..Tapi selepas isu ni,tugas guru tetap sama bahkan makin bertambah..Kita tunggulah pulak ape kesudahan isu ini dengan tertubuhnya jawatankuasa khas tersebut..

Memang realiti,mereka yang tidak berada dalam profesion ini tak tahu..Kalau baca ape yang aku tulis kat atas tadi..Itu hanya sebahagian..Banyak lagi sebenarnya tugasan yang namanye cikgu ni..Tak siap kat sekolah..confirm bawak balik rumah punya..Betul lah kata Imam as Syahid Hasan al Banna..Kewajipan ( tugas ) yang digalas melebihi masa yang kita ada..Ni belum cerita cikgu2 yang ngajar kat ceruk pedalaman Sabah Sarawak lagi..Lagi dahsyat..Inilah realiti profesion keguruan masa kini..Mungkin kalau cikgu2 dulu dapat fokus kepada P&P kerana kurangnya kerja2 perkeranian dan sampingan ni...Tapi masa dah berubah..Budak2 sekarang tak macam dulu..Mak bapak pun semakin 'mengada-ngada..manja..''sikit2 polis...sikit2 saman...sikit2 report...anaknya yang nakal dikatanya cikgu yang lempang...Kalau aku dulu,kena dengan cikgu..balik rumah kena lagi dengan bapak aku la jawabnya....

Apapun buat rakan2 guru seluruh Malaysia..Perjuangan masih belum selesai dan mesti diteruskan..Moga Allah kurniakan sifat ikhlas dan sabar dalam diri kita,yakinlah,kerjaya inilah yang paling mulia..Kita menghasilkan orang yang namanya insan..Moga berkat apa yang kita sampaikan dan berkat juga orang yang kita hasilkan..Selamat Bertugas!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Luahan perasaan nampak...:)