Isnin, 23 Ogos 2010

Ramadhan..Kenangan di Perantauan

Ni first time kami buka puasa kat Nabaruh..Yang namanye Tamer tu yang berdiri tiga dari kiri..Time ni musim sejuk..Syok ooo...puasa musim sejuk..

Pic ni aku kat tahun 4..Tengah 'membedal' kentang ngan ayam goreng..Arab bagi sedekah 250 kilo kentang...Bayangkan..macam ne nak abiskan tu??

Buka puasa di Masjid Nabaruh..Juadahnye macam2..Nilah kali terakhir aku buka puasa kat situ..Rindu untuk kembali semula..


Salam..Bertemu kembali..Sempat juga curi masa untuk update blog ni..Ade cerita lagi yang aku nak kongsikan dengan korang..Kenangan Ramadhan aku semasa diperantauan..Ya..permukiman singkat aku di bumi Mansurah..Ibu negeri Daqahliah..negeri ketiga terbesar di Mesir..Banyak kenangan yang aku simpan sepanjang 4 tahun menghabiskan pengajian BA disana.Lagi-lagi bila Ramadhan ni..Memang syahdulah bila kenang balik zaman di Mansurah ni.Diam tak diam dah 6 tahun aku tinggalkan Mansurah ni.

Bila cerita Ramadhan di Mansurah dulu..Paling best sekali ialah 'maidah al rahman'...istilah biasa digunakan rakyat Mesir ketika bulan puasa.Maksudnya...jemputan berbuka puasa...Tahun pertama Ramadhan aku di Mansurah ni..Sedih oooo...ialah first time puasa jauh dari keluarga..Time tu senior aku bawak pi buka puasa kat satu tempat berhampiran University of Mansoura..Restoran 'Umdah..Ramai la student2 Malaysia yang buka puasa kat situ..Sebabnya..tauke restoran tu setiap hari akan manjamu orang ramai berbuka puasa..Juadahnya???ooo...standard...Ayam panggang..Sebab tu kami rajin buka puasa kat situ..

Dah agak lama sikit duduk di Mansurah..Ramai la kenalan temapatan dikalangan orang Mesir yang aku kenal..Orang Arab yang aku mula-mula kenal..Nama dia Tamer..Dia nilah rakan rapat kami dari tahun 1...Tamer ni jugak yang hantar aku ke airport masa nak balik Malaysia lepas tamat pengajian...Bila kenal dengan Tamer ni..Ada la pulak cerita baru..Dia lah yang bawak aku dengan kawan2 lain untuk berbuka puasa di kampungnya..Kampung Nabaruh..Jadinya..Lepas habis kuliah dia akan bawak kami dalam 8-9 naik van untuk berbuka puasa di sebuah masjid di kampung Nabaruh..Memmang exited la..bila sampai kampung tu..perghh..sebijik mcam kat Malaysia..Suasana kampung...Ladang2 menghijau..Memang best!Sejak dari itulah..setiap kali Ramadhan kami pasti akan diundang ke kampung Nabaruh tu untuk buka puasa...Mula2 kami pergi 8-9 orang je,tapi kemudian bila orang kampung tu dah kenal kami..Pengerusi masjid tu mintak kami jemput ramai lagi student2 Malaysia..Pernah tu kami pergi sampai 2 buah coaster...Juadahnya macam2..Sampai ada satu masa tu..orang kampung tu sembelih seekor kerbau untuk jamu kami...Sampailah aku kat tahun akhir...Sekarang aku tak pasti,ada lagi tak jemputan buka puasa kat kampung tu..Lepas buka puasa terus Maghrib,Isyak dan Tarawih..Yang segan tu..mereka minta budak Malaysia jadi imam..Aku La yang kena..Segan tak terkira..Jadi imam..kat belakang Pak2 Arab yang alim lagi hafiz Quran..Tapi selambe je laa...

Tulah cerita yang aku nak kongsikan dengan korang sempena Ramadhan ni....Rasanya kalau diberikan peluang lagi..Aku nk je pi Mansurah tu..Nak kembalikan semula nostalgia lama berpuasa di Mansurah..Kepada Tamer,Wael dan Ahmad Ibrahim..Jazakumullah khairal jaza'..Jasa dan budi baik kalian bersama orang Nabaruh tak dapat kami lupakan..Ihtiram dan ikram kalian kepada kami moga Allah membalasnya...Ramadhan Karim...Allahu Akram!





P/S : Ustaz Lutfi Mat Daud,Us Daud Omar dan rakan2 seangkatan aku di Mansurah dulu..Kalau cerita aku ni kurang benarnya..Korang betulkan lah ye...Aku Taip ape yang ingat je..Moga kita diberi peluang untuk kembali semula ke sana.....

1 ulasan:

محمد لطفي berkata...

Memang nostalgia yg mengharukan di Bulan Romadhon ni. Bila la nak rasa buka posa di sana sekali lagi. Jom kita wat pakej ke sana.
Syukran kerana masukkan entri ini dlm blog enta. Ana pun masih simpan gambar2 tu.
Enta mmg layak jd imam, suara tu penting kan...merdu mengalahkan pak2 Arab tu.