Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Bertugas


Hari ini bermula lah tugas aku dan rakan-rakan guru SK Batu Laut untuk tahun 2009..Pagi tadi mesyuarat dari jam 9.00 sampai 1.30 tengahari..Macam-macam hal yang dibincangkan..Banyak juga tanggungjawab yang ditaklifkan..Paling besar..Ketua guru disiplin laa...macam tahun lepas juga..Alhamdulillah..kawan-kawan lama di Batu Laut masih 'stay' untuk meneruskan perjuangan..Cikgu Rozli yang desas desusnya kena tukar pun tak jadi tukar..Cuma mantan Guru Besar je ( Cikgu Jamin ) yang ditukarkan ke PPD..Ada juga kawan-kawan yang mintak tukar tapi tak dapat..Begitulah resam kehidupan kakitangan kerajaan..Buat bekas-bekas murid tahun 6,selamat menempuh alam baru sekolah menengah..doakan kami di sini..


Lepas ni, lepas Subuh dah tak bole tido lagi..6.30 pagi dah kena 'ngobor' ke Batu Laut..Sehingga ke saat ni masih lagi pegang rekod guru yang duduk paling jauh dengan sekolah- Jenjarom- Batu Laut ...Mintak2 Allah bagi kekuatan untuk terus berulang dari rumah ke sekolah..


Oklah,selamat bertugas buat rakan-rakan guru..Pentadbiran baru,wajah baru,semangat baru..Yang pasti..sandarkan segalanya kepada Allah moga segala kerja kita mendapat bimbingan dan redhaNya..

Tiada ulasan: