Khamis, 3 Disember 2009

Belangsungkawa..


Semalam ( 1.12.2009 ) saya dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah Tuan Hj Muzahir bin Hj Mokhtar,bekas Wak Lurah Kg Jenjarom yang juga ketua kumpulan Yasinan malam Jumaat untuk kariah Masjid..Saya lebih mesra memanggilnya 'Wak Dakir'..Beliau menunaikan haji pada tahun yang sama saya menunaikan haji ( 2003 ) cuma tak dapat jumpa semasa di Tanah Suci..Banyak memberi dorongan dan sokongan kepada kami kumpulan Marhaban al Falah semasa hayatnya menjadi ketua kampung..Bahkan kumpulan marhaban ini mencipta nama semasa era beliau menjadi ketua kampung..Walaupun agak keras dan sinis pada idea dan keputusannya,namun kami banyak terhutang budi kepada beliau atas sikap ambil beratnya kepada kumpulan kami walaupun sekadar bertanya khabar..Buat arwah Wak Dakir,kami mendoakan moga tenang wak di sana dan doa kami moga wak ditempatkan bersama-sama para solihin...al Fatihah..

Tiada ulasan: