Rabu, 29 Disember 2010

Menang Juga Akhirnya!

Fuhh..Tak senang duduk aku tengok final kedua AFF 2010 tadi..Lagi2 1st half..TIMNAS Indonesia mengasak..Tapi mujur defend Malaysia kukuh gak..Itulah nak ceritanye fasal fenomena bolasepak Malaysia yang terkini..Aku baru nak 'beselera' dengan bolasepak Malaysia..Lama dah tak merasai suasana macam ni..Kalau tak silap aku dulu masa Malaysia menang pingat emas kat Sukan Sea 1989 Kuala Lumpur.Aku darjah dua..Time tu geng2 Dollah Saleh ngan Zainal Abidin Hasan..Lepas tu..bola Malaysia dingin..Sampailah menang balik kat Sukan Sea Laos 2009..Aku berselera balik..Ni menang Piala Asean pulak..Tambah berselera la lagi..Susah nak tengok orang datang stadium sokong team Malaysia macam yang tengah berlaku sekarang ni..Yang ramai kalau pasukan negeri yang main..Kalau Malaysia main takdenye nak penuh stadium..Macam Pestabola Merdeka..Takda orang langsung..Harap2 Malaysia team terus kekalkan momentum ni..Biar terus digeruni dan dihormati macam zaman Mokhtar Dahari dulu..Tahniah buat Malaysia!

P/S : Aku minat betul tengok gol Safee Sali..Rembatan deras guna kaki kiri sambil berlari..Tak ramai orang boleh buat macam ni...'Flying header'nye pun cun ooo....

Tiada ulasan: