Selamat pengantin baru buat al Fahmi Bahru dan pasangannya Zakiah Nur kerana telah selamat diijabkabulkan pada 20.11.2009 yang lalu di Masjid Negeri Shah Alam .Tahniah buat kawan kampung dari kecik ni..Selamat dah kau ye..Insyaallah..aku menyusul kemudian..Doakan ye.Barakallahu lakuma wa barakallahu alaikuma jamaa bainakuma fi khairi...
Isnin, 23 November 2009
Khamis, 19 November 2009
Akhir Tahun 2009
Lama rasanya tak update blog ni..Bermacam perkara perlu diselesaikan sebelum menutup buku tahun 2009 ni.Sewaktu blog ni di update,sekolah saya baru sahaja selesai menjalankan Hari Kecemerlangan.Memang letih la.Lagi-lagi bahagian hadiah dan persiapan dewan.Tahniah buat penerima hadiah dan anugerah.Ketika ini juga,budak2 UPSR baru dapat result UPSR..4 orang dapat 5 A..Tahniah..Ustaz harap korang terus belajar sampai abis la.Jangan teror kat sekolah rendah je..Ketika ini juga baru sahaja meraikan persaraan Cik Din
( En Zainuddin Adnan ) PAR sekolah Bt Laut.40 tahun berkhidmat..Lama tu!tak pernah pindah..Buat Cik Din,selamat menempuhi alam baru..Penat dah kan..40 tahun menabur bakti buat sekolah..Esok ( 20.11.2009 )kawan kampung aku dari kecik..Fahmi nak nikah..Ngan orang Shah Alam..Kawin jugak ko ye..Selamat pengantin baru la..Insyallah..aku menyusul kemudian..Kawin2 jugak,kalau aku ajak medang jangan buat tak tau pulak la ye..Esok juga ( 20.11.2009 ),last day sekolah buat tahun 2009 ni..Diam tak diam dah 4 tahun aku kat Batu Laut ni..Kita tutup buku lama dan buka buku baru 2010 nanti Insyallah..Selamat bercuti buat anak2 murid dan kawan2 semua..Jumpa lagi..
Isnin, 26 Oktober 2009
Merehatkan Minda
Lega rasanya walaupun penat..Sekian lama bekerja dan sibuk dengan tugas-tugas rasmi mahupun peribadi,akhirnya dapat juga kesempatan nak rehatkan minda..Kesempatan mengikuti murid tahun 6 ke Lost World of Tambun pada hari Sabtu baru-baru ini dan tak dilepaskan..Sememangnya kita perlu merehatkan minda dan beriadhah..Bebanan tugas boleh menyebabkan stress kepada kita.Sebab tu,kalau pergi kita hospital,bila check darah,kalau darah kita tinggi tekanannya,maka doktor akan suruh kita ambil cuti dan berehat...Sebab itu,kata Nabi SAW ' Al a'qlus salim fi jismis salim'..Sambil2 tu dapat juga ziarah dan melihat tempat orang..
Isnin, 19 Oktober 2009
Baraan Aidilfitri 2009
Alhamdulillah,Syawal tahun disambut meriah.Mana tidaknya,setiap hari ade je rumah terbuka..Tahun ni saya join baraan dengan rakan2 sekerja di SK Batu Laut.Boleh dikatakan semua warga SK Batu Laut tak ketinggalan menjadi tuan rumah untuk open house..hari2 ada open house..Tapi bukan makan yang menjadi keutamaan,yang utama ialah konsep ukhuwah dan ziarah sesama rakan taulan.Secara keseluruhannya,Baraan Syawal 09 tahun ni meriah dan mencapai objektifnya.Buat kawan2 Batu Laut,kita jumpa lagi Baraan tahun depan!
Khamis, 8 Oktober 2009
Muzakarah Marhaban Kebangsaan
Amanat daripada Tn Hj Ali Dahlan,Ketua Sektor Dakwah
Pada 30/9 hungga 2/10 tempoh hari saya mendapat jemputan mewakili Jabatan Pelajaran Selangor daripada Sektor Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM ke Muzakarah Peraturan Pertandingan Marhaban dan Kompang Selawat KPM di Naza Hotel,Melaka.Banyak perkara yang dibincangkan.Rasa bertuah dan seronok dapat bertemu dengan wakil2 daripada seluruh Malaysia bagi membincangkan peraturan pertandingan Marhaban yang telah pun berjalan selama 2 tahun.Muzakarah tersebut menjurus kepada penilaian dan penelitian semula peraturan pertandingan yang telah dilaksanakan sebelum ini.Banyak juga pindaan yang dibuat,cumanya belum dapat diputuskan dan dihebahkan kerana kemungkinan ianya memerlukan muzakarah serta pemurnian semula.Semoga marhaban terus bersemarak
Langgan:
Ulasan (Atom)
