Jumaat, 20 Mac 2009

Boleh Ke Macam Ni??


Foto ini saya rakam di salah sebuah kafe institut pengajian tinggi awam di selatan tanah air..Seumur hidup tak pernah jumpa..Ni lah kali pertama...Berhati-hati...

Rabu, 18 Mac 2009

Pengalaman Berharga

Bersama Tuan Guru kami yang didik kami dari kecik..Wak Hj Jais
( Barisan depan 3 dari kiri )
Sedang 'beraksi' di pentas

Siap sedia sedia di belakang stage


Posing dulu..hehehe


Pada 14-16 Mac 2009 yang lalu orang-orang Kampung Jenjarom melalui Kumpulan Marhaban al Falah telah mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Marhaban peringkat kebangsaan di Port Dickson.Kalah menang bukanlah ukuran,tapi sampai ke tahap KEBANGSAAN adalah sesuatu yang amat membanggakan bagi kami selaku orang kampung.Terima kasih yang tak terhingga kepada semua orang kampung yang memberikan sokongan moral dan metarial.Buat geng al Falah,tahniah buat anda.Kita cuba lain masa.Moga marhaban terus bersemarak!

Khamis, 12 Mac 2009

Ujian Bulanan 1 ( UB 1 )


UB 1 sedang berlangsung bermula 10/3/2009 sehingga 13/3/2009.Semoga sukses semuanya.Lepas tu raye sakan la budak-budak sekolah..Cuti mid sem 1 2009..

Isnin, 23 Februari 2009

Ahli Syurga




Peristiwa pada 2004,seorang yang yang hanya berkerusi roda di bom dengan heli aparche...Memang itu lah yahudi...Pengecut...kalau perang face to face memang takut dan pasti kalah..Apapun,tatapilah wajah ahli syurga ini..Moga-moga Allah merahmatinya dan merahmati kita seperti mana Allah merahmatinya... Shekh Ahmad Yasin...Pengasas dan komander HAMAS yang Syahid..


Selasa, 10 Februari 2009

Alamkah Puncanya?Atau Manusiakah Punya Angkara




Akhir tahun 2008,seluruh Malaysia digemparkan dengan runtuhan yang disebabkan pergerakan air di bawah tanah di Bukit Antarabangsa 'melenyapkan' kediaman mewah...Ramai menyatakan semua itu berpunca daripada fenomena alam..Manusia memang tak akan mengaku salah walaupun memang dah salah..Tapi cuba perhatikan foto ini...Saya ambil secara live dari sebuah lombong tinggal...Alam jugakah punya punca?Fikrlah sendiri....