Lega rasanya walaupun penat..Sekian lama bekerja dan sibuk dengan tugas-tugas rasmi mahupun peribadi,akhirnya dapat juga kesempatan nak rehatkan minda..Kesempatan mengikuti murid tahun 6 ke Lost World of Tambun pada hari Sabtu baru-baru ini dan tak dilepaskan..Sememangnya kita perlu merehatkan minda dan beriadhah..Bebanan tugas boleh menyebabkan stress kepada kita.Sebab tu,kalau pergi kita hospital,bila check darah,kalau darah kita tinggi tekanannya,maka doktor akan suruh kita ambil cuti dan berehat...Sebab itu,kata Nabi SAW ' Al a'qlus salim fi jismis salim'..Sambil2 tu dapat juga ziarah dan melihat tempat orang..
Isnin, 26 Oktober 2009
Merehatkan Minda
Isnin, 19 Oktober 2009
Baraan Aidilfitri 2009
Alhamdulillah,Syawal tahun disambut meriah.Mana tidaknya,setiap hari ade je rumah terbuka..Tahun ni saya join baraan dengan rakan2 sekerja di SK Batu Laut.Boleh dikatakan semua warga SK Batu Laut tak ketinggalan menjadi tuan rumah untuk open house..hari2 ada open house..Tapi bukan makan yang menjadi keutamaan,yang utama ialah konsep ukhuwah dan ziarah sesama rakan taulan.Secara keseluruhannya,Baraan Syawal 09 tahun ni meriah dan mencapai objektifnya.Buat kawan2 Batu Laut,kita jumpa lagi Baraan tahun depan!
Khamis, 8 Oktober 2009
Muzakarah Marhaban Kebangsaan
Amanat daripada Tn Hj Ali Dahlan,Ketua Sektor Dakwah
Pada 30/9 hungga 2/10 tempoh hari saya mendapat jemputan mewakili Jabatan Pelajaran Selangor daripada Sektor Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM ke Muzakarah Peraturan Pertandingan Marhaban dan Kompang Selawat KPM di Naza Hotel,Melaka.Banyak perkara yang dibincangkan.Rasa bertuah dan seronok dapat bertemu dengan wakil2 daripada seluruh Malaysia bagi membincangkan peraturan pertandingan Marhaban yang telah pun berjalan selama 2 tahun.Muzakarah tersebut menjurus kepada penilaian dan penelitian semula peraturan pertandingan yang telah dilaksanakan sebelum ini.Banyak juga pindaan yang dibuat,cumanya belum dapat diputuskan dan dihebahkan kerana kemungkinan ianya memerlukan muzakarah serta pemurnian semula.Semoga marhaban terus bersemarak
Isnin, 5 Oktober 2009
Gapuro oh Gapuro
Jalan Hj Mashudi..
Gapuro- Istilah bahasa Jawa yang memberi maksud pintu gerbang.Khususnya pintu gerbang untuk sambutan hari raya yang dihias dengan lampu ataupun pelita minyak tanah..Zaman saya kecik-kecik dulu,lagi hebat..Orang kampung buat gapuro melintang jalan.Tingginya..bas lalu pun boleh lepas..Tapi lama kelamaan orang dah tak berani nak buat macam tu..Risiko..Kenderaan makin hari makin banyak...Zaman sekarang orang lebih kepada membina gapuro disisi jalan..Tahun ni ada 5 gapuro yang dapat saya kenal pasti kat sekitar kampung..Memang kreatif la budak-budak ni...
Kullu Am We Entum Bikhair
Salam Syawal buat teman-teman semua..Sori sebab dah lama tak edit blog ni..Open house punya hal la..Macam-macam la..Semasa entri ni di tulis..Syawal memasuki hari ke 15..Open house masih tak putus-putus..Apapun,semoga semangat dan konsep kunjung mengunjung ini dapat diteruskan dan dijadikan amalan bukan sahaja pada bulan Syawal..Moga ukhuwah terus bersemarak..
Langgan:
Catatan (Atom)