Ahad, 20 Jun 2010

Catatan Terlewat..Pergi Tak Kembali..

Kenangan semasa MTQ antarabangsa 2009 di PWTC

Bersama kumpulan Marhaban Masjid Negeri di festival marhaban MBSA 2009

Kenangan bersama paman Alim sewaktu jadi juri pertandingan azan Selangor FM


Tanggal 20 Mei 2010 menjadi sejarah dan kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup.Kerana pada tarikh ini mencatatkan perginya seorang figura yang aku sanjungi dan aku hormati. Dia ialah Ustaz Mohd Halim Supardan.Paman ku juga guru Quran ku..Tiada bahasa yang mampu aku ucapkan dan kalimah yang mampu aku ungkapkan saat mengenangkan sejarah silam bersama-sama paman yang mendidik aku khusus dalam Tarannum al-Quran..Perginya dalam usia yang sangat muda- 41 tahun mengejutkan ramai pihak terutama rakan karib dan sahabat yang terdekat apatah lagi isterinya-Cik Am dan kedua anaknya,Wardah dan Bilal.Semasa entri ini ditulis telah masuk hari ke - 33 paman pulang ke rahmatullah.Kesibukan dengan pelbagai hal menyebabkan aku tak sempat nak update blog ini.
Benarlah sabda Nabi SAW " خيركم من تعلم القرءان وعلمه" ( Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain )..Inilah azimat para Qurra dalam kerja2 dakwah menyampaikan ilmu al Quran termasuklah arwah paman.
Tak mampu aku mengungkapkan segalanya mengenai paman di dalam blog yang bisu ini,tapi cukuplah ku katakan, bahagialah mereka yang ikhlas mempelajari al Quran dan ikhlas juga dalam mengajarkannya kepada orang lain.Terlalu banyak jasa paman kepada seantero negeri ini dalam ilmu al Quran..Memang jasadnya pergi dan tak akan kembali,namun ilmu al Quran yang dicurahkan terus subur di dalam jiwa para penuntutnya..
Buat paman Alim,aku doakan paman tenang dan bahagia di sana ditemani para pencinta al Quran yang dikasihi Allah.Halalkan dan redhokan ilmu yang paman ajar padaku.
Buat Cik Am,Wardah dan Bilal..Yang pergi semoga dirahmati..Yang hidup teruskan berbakti..Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi hari-hari mendatang. Buat sahabat2 Qurra ( Us Jelani,Us Maqbul,Apid,Giman,Ari, Alim dan ramai lagi ),kehidupan mesti diteruskan. Bersama-sama kita berdoa moga Allah memberikan kita kekuatan untuk meneruskan usaha dan warisan peninggalan arwah paman.Memang besar tanggungjawab kita untuk mempastikan al Quran terus subur di hati masyarakat.Insyallah,kita cuba yang termampu untuk menelusuri jejak ini..al-Fatihah buat Almarhum Paman Alim Supardan...

Tiada ulasan: