Rabu, 30 Jun 2010

Jejak Kasih

Pintu masuk ke Universitas Gadjah Madja ( UGM ).Universiti terulung dan tertua di Asia Tenggara..

Cara lama bakar sate..

Pecal versi Indonesia..

Bersama Pak Kodir..Tourist guard kami dalam Gua Jati Jajar..Aku pun tak tau nak story ape pasal gua ni.Follow je..

Gua Jatijajar.

Macam takda apa2.Tapi nak ceritanya,nun di sana air laut yang masin tapi dalam sumur tu..Sebijik macam air mineral spritzer..Tak percaya korang rasa sendiri..

Ni namanya 'segoro',belakang tu Lautan Hindi..Selatan Tanah Jawa.Kata orang sini,mitosnya kat laut nila adanya Nyai Roro Kidul..Perempuan cantik penguasa laut..Mitos je!

Kubur Moyang aku..Amat Sulaiman bin Kartawi.


Air sumur yang jernih lagi dingin..Original punya!
Embah aku guna air ni lah untuk kegunaan seharian.

Embah Wahab@Tapsir bin Amat Sulaiman.

Jalan masuk ke rumah Embah Wahab..Macam kat tempat kita gak la..

Pekan Kebumen,Jawa Tengah..

Nasi Padang..Korang boleh buat macam ni?

Selamat Datang ke Jogjakarta..

Hidangan sarapan pagi..Naik Airasia kena bayar ni..Naik MAS tinggal makan je..

Baru nak naik flight kat KLIA..Anak buah aku si Nabil ni pun nak masuk bagasi gak..

Salam semua..Asyik2 tak sempat je nak edit blog ni..Macam2 hal..Tapi aku curi masa juga nak edit halaman aku ni..Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah Taala,pada cuti sem 1 yang lalu,aku berkesempatan mengikuti ziarah silaturrahmi bersama saudara mara aku ke Kampung Mangon Ranan,Kebumen Jawa Tengah untuk menziarahi embah saudara yang merupakan waris terakhir keluarga yang masih hidup.Namanya Embah Wahab dan sekarang berusia 90 tahun.Memang teruja la nak jumpa orang yang tak pernah jumpa sebelum ni dan tak sangka aku masih ada saudara di Tanah Jawa sana.Rata-rata orang jawa yang menetap di Malaysia khususnya di Selangor kini berasal dari sekitar Jawa Tengah.. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang ziarah tersebut.Dan banyak juga lokasi di tanah jawa yang aku susuri.Akhirnya sampai juga aku di bumi Wali Songo..Moga diberi kesempatan untuk menziarahi wali-wali Songo pulak lepas ni..Insyaallah..

Jumaat, 25 Jun 2010

MTQ Kebangsaan 2010

Bersama para jurulatih kontinjen Selangor di majlis penutup..

Air buah gelas besar punye!!Seberang Takir mari!..Abis tu..

Hafazan lelaki rendah.Dapat naib johan..


Kontinjen Selangor MTQ 2010

Pada 30 Mei hingga 3 jun yang lalu saya berpeluang mengikuti kontinjen MTQ Selangor ke MTQ peringkat Kebangsaan di Universiti Darul Iman ( UDM ),Terengganu.Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang majlis berlangsung.Tahniah kepada kontinjen Selangor yang berjaya memenangi beberapa acara juga merangkul johan keseluruhan kategori perempuan.Yang kurang berjaya,cuba lagi tahun depan.






P/S : Bile la anak murid aku sendiri nak beraksi kat peringkat kebangsaan yee...

Ahad, 20 Jun 2010

Catatan Terlewat..Pergi Tak Kembali..

Kenangan semasa MTQ antarabangsa 2009 di PWTC

Bersama kumpulan Marhaban Masjid Negeri di festival marhaban MBSA 2009

Kenangan bersama paman Alim sewaktu jadi juri pertandingan azan Selangor FM


Tanggal 20 Mei 2010 menjadi sejarah dan kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup.Kerana pada tarikh ini mencatatkan perginya seorang figura yang aku sanjungi dan aku hormati. Dia ialah Ustaz Mohd Halim Supardan.Paman ku juga guru Quran ku..Tiada bahasa yang mampu aku ucapkan dan kalimah yang mampu aku ungkapkan saat mengenangkan sejarah silam bersama-sama paman yang mendidik aku khusus dalam Tarannum al-Quran..Perginya dalam usia yang sangat muda- 41 tahun mengejutkan ramai pihak terutama rakan karib dan sahabat yang terdekat apatah lagi isterinya-Cik Am dan kedua anaknya,Wardah dan Bilal.Semasa entri ini ditulis telah masuk hari ke - 33 paman pulang ke rahmatullah.Kesibukan dengan pelbagai hal menyebabkan aku tak sempat nak update blog ini.
Benarlah sabda Nabi SAW " خيركم من تعلم القرءان وعلمه" ( Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain )..Inilah azimat para Qurra dalam kerja2 dakwah menyampaikan ilmu al Quran termasuklah arwah paman.
Tak mampu aku mengungkapkan segalanya mengenai paman di dalam blog yang bisu ini,tapi cukuplah ku katakan, bahagialah mereka yang ikhlas mempelajari al Quran dan ikhlas juga dalam mengajarkannya kepada orang lain.Terlalu banyak jasa paman kepada seantero negeri ini dalam ilmu al Quran..Memang jasadnya pergi dan tak akan kembali,namun ilmu al Quran yang dicurahkan terus subur di dalam jiwa para penuntutnya..
Buat paman Alim,aku doakan paman tenang dan bahagia di sana ditemani para pencinta al Quran yang dikasihi Allah.Halalkan dan redhokan ilmu yang paman ajar padaku.
Buat Cik Am,Wardah dan Bilal..Yang pergi semoga dirahmati..Yang hidup teruskan berbakti..Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi hari-hari mendatang. Buat sahabat2 Qurra ( Us Jelani,Us Maqbul,Apid,Giman,Ari, Alim dan ramai lagi ),kehidupan mesti diteruskan. Bersama-sama kita berdoa moga Allah memberikan kita kekuatan untuk meneruskan usaha dan warisan peninggalan arwah paman.Memang besar tanggungjawab kita untuk mempastikan al Quran terus subur di hati masyarakat.Insyallah,kita cuba yang termampu untuk menelusuri jejak ini..al-Fatihah buat Almarhum Paman Alim Supardan...