Jumaat, 30 Disember 2011

Banjir Oh Banjir!

Rezeki musim banjir..Baung Sungai Lanchang..

Ni kat dapur..Nak ciblon terus pun bole..

Hehehe..tangga rumah jadi jeti perahu..Kampung aku takda ni..


Huhuhu.. Pemandangan biasa di kampung ni bila tibanya Monsun Timur Laut..


Perahu dan bot jadi pengangkutan utama time2 banjir ni..


Ni jalan nak ke imegresen Rantau Panjang - Sg Golok..



Assalamualaikum WBt..Kabare semua?Moga sihat2 hendaknya..Time ni satu Malaysia sedang dilanda badai Monsun Timur Laut..Dulu masa aku sekolah menengah form 2-3 belajar gak Geografi fasal monsun2 ni..Tapi tak tau ape pun masa tu..Dengar jela cikgu Norsiah Baki tu ajar tajuk ni.Sekarang bila dah besar ni baru la faham..

Ok balik cite banjir ni..Memang hebat penangan monsun tahun ni.Boleh kata 1Malaysia kena banjir..Yang tak pernah kena banjir pun kena..Contohnya macam bandar Kajang dan Puduraya..Uitm Shah Alam pun kena jugak..hebat betul..

Bagi aku pulak ni 1st time alami banjir kat umah mertua aku kat Kelantan..tak main la banjir paras buku lali..ni betul2 punya banjir ni..Naik perahu lagi...Korang tengok la pic2 kat bawah ni..

Apapun..sebagai mahkluk Allah SWt..Kita kena aku.Semua kejadian yang berlaku di bumi ni adalah atas kehendakNYA jua..Ada hikmah dan pengajaran bagi orang2 yang berfikir..

Selasa, 13 Disember 2011

Akhirnya..

Hehehe..Akhirnya keta aku naik feri gak..




Kalau ngadap belakang tu,pening kepala.Lawan arus.


Masjid terapung Tanjung Bungah..Cun gak...

Ni dia..Nasi Beriani Hamidiah..Nampak macam tak abis..tapi licin pinggan aku sapu..


Keluarga Hawwari 2011..Tapi belakang tula yang tak syoknye..Tak perasan pulak...



Kubu penjajah..Tengok2 je..



Assalamualaikum WBT..Salam sejahtera buat semua..Akhirnya..Setelah 7 bulan tidak menjengah blog ini,Allah buka hati dan beri kelapangan buat aku untuk 'refresh' semula blog ni..Macam2 hal yang mengekang aku untuk layan blog ni.Dan yang paling besar sekali ialah 'MALAS'..Tapi alhamdulillah dapat juga aku n\mengembalikan kerajinan untuk terus melayari blog ni..

Starting selepas 7 bulan menyepi...Reunion HAWWARI 2011...Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat berkumpul semula setelah lama tidak bersama.Cumanya kali ni dalam wajah baru..Hehehe..Kalau dulu kumpul ramai2 masih bujang..Tapi sekarang kumpul lagi ramai2...Dengan keluarga dan anak-anak..

Terima kasih Fahmi atas penganjuran KEMBARA HAWWARI 2011 ( Penang Tour )...Syok dan marem!!Memang kesel gile tapi puas..InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi dalam Kembara Hawwari pada lain masa...

Isnin, 25 April 2011

Malasnye Nak Menaip..




Assalamualaikum WBT..Kabare kabeh?berjumpa lagi..Kepada para tetamu dan wisata sekalian mohon maaf sangat kerana blog ini sudah lama tak dikemaskini..Ni la sindrom orang-orang yang punya blog ( blogger )..Macam-macam hal nak diselesaikan sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat..InsyaAllah..akan ada entri baru yang akan dikemaskini tidak lama lagi.Terima kasih atas kunjungan dan ziarah anda ke blog ini..

Ahad, 23 Januari 2011

Peninggalan Ulama Silam




Alhamdulillah..Dengan izinNYA,akhirnya dapat juga aku memiliki sebuah kitab yang kini dijadikan buku..Furu' Masail..Kitab yang memang dah lama aku cari.Kitab karangan ulama hebat lagi tersohor di alam Nusantara..al Allamah al Sheikh Daud Fatani..Kitab asal versi asal ( kitab kuning ) memang aku dah ada cuma agak sukar untuk difahami gaya bahasanya..Tapi alhamdulillah..Berkat usaha dan ketekunan al Sheikh Datuk Haj Hassan Din al Hafiz ( Mantan Pegawai Agama Istana Negara ) yang sememangnya hebat dalam bidangnya..akhirnya kitab kuning ini dapat disusun semula dan diolah dengan bahasa yang mudah mengikut gaya bahasa masyarakat kini..Mudah mudahan Allah merahmati penulis kitab ini..Juga Allah memberkati usaha penyusun kitab ini..Dan Allah memberi hidayah kepada aku untuk memahami dan mengamalkan isi kitab ini..



P/S : Kalau korang nak tau apa perbahasan yang ada dalam buku ni..Trylah beli..Tak rugi berbelanja besar untuk BUKU...

Rabu, 29 Disember 2010

Menang Juga Akhirnya!

Fuhh..Tak senang duduk aku tengok final kedua AFF 2010 tadi..Lagi2 1st half..TIMNAS Indonesia mengasak..Tapi mujur defend Malaysia kukuh gak..Itulah nak ceritanye fasal fenomena bolasepak Malaysia yang terkini..Aku baru nak 'beselera' dengan bolasepak Malaysia..Lama dah tak merasai suasana macam ni..Kalau tak silap aku dulu masa Malaysia menang pingat emas kat Sukan Sea 1989 Kuala Lumpur.Aku darjah dua..Time tu geng2 Dollah Saleh ngan Zainal Abidin Hasan..Lepas tu..bola Malaysia dingin..Sampailah menang balik kat Sukan Sea Laos 2009..Aku berselera balik..Ni menang Piala Asean pulak..Tambah berselera la lagi..Susah nak tengok orang datang stadium sokong team Malaysia macam yang tengah berlaku sekarang ni..Yang ramai kalau pasukan negeri yang main..Kalau Malaysia main takdenye nak penuh stadium..Macam Pestabola Merdeka..Takda orang langsung..Harap2 Malaysia team terus kekalkan momentum ni..Biar terus digeruni dan dihormati macam zaman Mokhtar Dahari dulu..Tahniah buat Malaysia!

P/S : Aku minat betul tengok gol Safee Sali..Rembatan deras guna kaki kiri sambil berlari..Tak ramai orang boleh buat macam ni...'Flying header'nye pun cun ooo....