Ahad, 31 Januari 2010

Teruskan Perjuangan...

Kenangan hari terakhir bersama 'Macha'

Geng medang hilang sorang lagi..Pasni hang buat geng medang kat Sg Petani pulak ye..(Tiada dalam gambar:Sofi,Us Suhaimi dan Wak Gopal )

Salam buat pelayar-pelayar blog saya ini..Maaf kerana dah lama sangat tak edit..Macam2 hal sampai tak sempat nak jenguk ke blog sendiri..Semalam ( 29/1/2010 )..Aku hilang sorang kawan lagi..kawan yang aku anggap rapat di tempat kerja..kat luar apatah lagi...Ahmad Firdaus Ismail..Aku ngan Cikgu Amin biasa panggil dia ni 'Macha'..tapi kawan2 lain panggil 'Fir'..ala2 manje gitu..Dia terpaksa pindah sebab isteri dan anak-anaknya dah pindah..Puas dah kekawan pujuk jangan pindah..tp yelah..Adat orang merantau..akhirnya kembali ke tanah tumpah sendiri juga.Setelah berkelana 6 tahun di Bt Laut,akhirnya 'macha' berjaya juga untuk kembali ke kampungnya di Sg Petani..Kalau aku jd Firdaus,aku pun nak balik kampung gak..Banyak kenangan ngan Fir ni..mula2 aku posting,kalau ada program kat sekolah,takda tempat lain nak lepak,rumah si Fir nila tempat aku mandi dan tido.Masa tu dia bujang lagi.Duduk ngan Arif.Aku tumpang je.Lepas dia kahwin,dah segan nak lepak rumah dia.Orangnya pendiam tapi kerja jalan..banyak dah dia sumbang kat sekolah.Kalau kekawan Bt Laut memang taula sape si Fir ni..Diala tukang segala tukang..bagi ape jela kat dia..Jadi punya..Pasal tu la kekawan sayang nak lepaskan dia..Apa pun,perjuangan dan kehidupan mesti diteruskan..Taula Allah yang mengaturnya nanti..
Apapun Fir,aku mintak maaf banyak2 kat hang terkasar bahasa,gurau senda dan segalanya.Teruskan perjuangan di kampung halaman sendiri..Doakan kami di sini..InsyaAllah,panjang umur murah rezeki,kita jumpa lagi.Rajin2 la bukak blog sekolah ye..Takpun hang bukakla blog aku ni..Sampaikan salam kami buat keluarga di kampung..Maasalamah ya Firdaus!Siiru ala Barokatillah..!

Khamis, 7 Januari 2010

Budak-budak Sekarang.....

Korang tengok..Macam penumpang turun flight...Zaman aku mane ade tarik-tarik macam ni...

Besar beg dari orangnye...hehe

4.1.2010 yang lalu bermula sesi persekolahan 2010..Diam tak diam masuk tahun ke-5 dah aku kat Batu Laut..Macam-macam pengalaman aku dapat.Tapi pada hari pertama tahun ni..ada 1 perkara yang sangat mneraik perhatian aku..telatah dan ragam budak-budak sekolah dengan baju baru,kasut dan seluar baru...Dan yang paling excited sekali...beg..korang tengok la gambar2 kat bawah ni...Tak macam zaman aku dulu sekolah.Beg dari darjah 1 sampai darjah 6..Satu tu je la..Nak beg baru...kalau tak dapat nombor 1..jangan harap..Tapi budak2 sekarang..macam2...pelbagai jenis..pelbagai jenama..macam2 patern...Beruntung la korang budak2 sekarang..