Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Bertugas


Hari ini bermula lah tugas aku dan rakan-rakan guru SK Batu Laut untuk tahun 2009..Pagi tadi mesyuarat dari jam 9.00 sampai 1.30 tengahari..Macam-macam hal yang dibincangkan..Banyak juga tanggungjawab yang ditaklifkan..Paling besar..Ketua guru disiplin laa...macam tahun lepas juga..Alhamdulillah..kawan-kawan lama di Batu Laut masih 'stay' untuk meneruskan perjuangan..Cikgu Rozli yang desas desusnya kena tukar pun tak jadi tukar..Cuma mantan Guru Besar je ( Cikgu Jamin ) yang ditukarkan ke PPD..Ada juga kawan-kawan yang mintak tukar tapi tak dapat..Begitulah resam kehidupan kakitangan kerajaan..Buat bekas-bekas murid tahun 6,selamat menempuh alam baru sekolah menengah..doakan kami di sini..


Lepas ni, lepas Subuh dah tak bole tido lagi..6.30 pagi dah kena 'ngobor' ke Batu Laut..Sehingga ke saat ni masih lagi pegang rekod guru yang duduk paling jauh dengan sekolah- Jenjarom- Batu Laut ...Mintak2 Allah bagi kekuatan untuk terus berulang dari rumah ke sekolah..


Oklah,selamat bertugas buat rakan-rakan guru..Pentadbiran baru,wajah baru,semangat baru..Yang pasti..sandarkan segalanya kepada Allah moga segala kerja kita mendapat bimbingan dan redhaNya..

Selasa, 15 Disember 2009

" Saya Yang Menurut Perintah..."

Masa ni kawan2 di SK Batu Laut tengah berdebar2..kena pindah ke tak kena pindah..aduuhh..sehingga catatan ini ditulis,khabar yang rasmi mengatakan Cikgu Rozli kena pindah ke SK Kanchong Darat dan Cikgu Jamin ke PPD..Tak ketinggalan juga Pn Misdah yang kena tukar ke SK Morib..Lepas ni tak tau la sape lagi yang kena..Tapi itulah hakikatnya seorang yang bergelar 'penjawat awam" atau lebih tepat lagi "pegawai dan kakitangan'' kerajaan Malaysia..Moto ' Saya Yang Menurut Perintah' telahpun disanggupi dalam akuan bersumpah semasa mula-mula memohon jawatan kerajaan ini..Sememangnya perlu kepada pengorbanan dan perlu kepada persiapan dan persediaan diri untuk diletakkan di mana-mana sahaja seperti yang diarahkan..itulah hakikatnya..
Apapun,kepada teman-teman yang ditukarkan ke tempat baru,diucapkan selamat bertugas..Semoga anda terus sukses dan dapat menyumbangkan khidmat bakti anda di tempat baru..Doakan kami di Batu Laut terus thabat dan sukses..Hidup mesti diteruskan!!

Khamis, 3 Disember 2009

Belangsungkawa..


Semalam ( 1.12.2009 ) saya dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah Tuan Hj Muzahir bin Hj Mokhtar,bekas Wak Lurah Kg Jenjarom yang juga ketua kumpulan Yasinan malam Jumaat untuk kariah Masjid..Saya lebih mesra memanggilnya 'Wak Dakir'..Beliau menunaikan haji pada tahun yang sama saya menunaikan haji ( 2003 ) cuma tak dapat jumpa semasa di Tanah Suci..Banyak memberi dorongan dan sokongan kepada kami kumpulan Marhaban al Falah semasa hayatnya menjadi ketua kampung..Bahkan kumpulan marhaban ini mencipta nama semasa era beliau menjadi ketua kampung..Walaupun agak keras dan sinis pada idea dan keputusannya,namun kami banyak terhutang budi kepada beliau atas sikap ambil beratnya kepada kumpulan kami walaupun sekadar bertanya khabar..Buat arwah Wak Dakir,kami mendoakan moga tenang wak di sana dan doa kami moga wak ditempatkan bersama-sama para solihin...al Fatihah..