Jumaat, 20 Mac 2009

Boleh Ke Macam Ni??


Foto ini saya rakam di salah sebuah kafe institut pengajian tinggi awam di selatan tanah air..Seumur hidup tak pernah jumpa..Ni lah kali pertama...Berhati-hati...

Rabu, 18 Mac 2009

Pengalaman Berharga

Bersama Tuan Guru kami yang didik kami dari kecik..Wak Hj Jais
( Barisan depan 3 dari kiri )
Sedang 'beraksi' di pentas

Siap sedia sedia di belakang stage


Posing dulu..hehehe


Pada 14-16 Mac 2009 yang lalu orang-orang Kampung Jenjarom melalui Kumpulan Marhaban al Falah telah mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Marhaban peringkat kebangsaan di Port Dickson.Kalah menang bukanlah ukuran,tapi sampai ke tahap KEBANGSAAN adalah sesuatu yang amat membanggakan bagi kami selaku orang kampung.Terima kasih yang tak terhingga kepada semua orang kampung yang memberikan sokongan moral dan metarial.Buat geng al Falah,tahniah buat anda.Kita cuba lain masa.Moga marhaban terus bersemarak!

Khamis, 12 Mac 2009

Ujian Bulanan 1 ( UB 1 )


UB 1 sedang berlangsung bermula 10/3/2009 sehingga 13/3/2009.Semoga sukses semuanya.Lepas tu raye sakan la budak-budak sekolah..Cuti mid sem 1 2009..